Monday, September 3, 2007

Kerja....Kerja....Kerja.....

Dah lama jugak aku tak update2 blog aku ni, bukan apa aku ni dalam urusan karang mengarang ni lemah sikit. tapi malam ni macam malas gak nak tulis2 tapi untuk membuang masa aku yang berharga ini aku tulis la apa2 pun yang aku rasa nak tulis. tajuk aku kat atas kata Kerja...Kerja...Kerja... tulah yang aku nak tuliskan pasal, aku sekarang ni kerja banyak la sangat kat ofis ni, dengan report kajian yang tak tulis lagi. nak kena buat arrangement untuk seminar yang akan dilakukan 11 september nanti, mmg macam banyak sangat kerja yang tak siap lagi, tapi ntah la kenapa aku masih boleh lagi berlagak kool... maybe sebab aku ni terlalu banyak minum ais kot.... hahaha(ada kena mengena tak?)

Tapi bila macam aku mendapat hidayah keinsafan tu insaf la sekejap (yang pasti masa ni aku tak dapat hidayah lagi) masa tu mula la rasa bila la aku nak bekerja dengan bersungguh- sungguh, tapi aku rasa mmg aku takder bakat untuk bekerja dengan komited dan maintain untuk bekerja dalam satu jangka masa yang panjang.

Dalam 2 minggu lepas tayar motor aku pecah semasa dalam perjalanan pulang dari ofis nak ke Sungai Buloh... esoknya aku ada exam Pegawai Gred N41 kat Ipoh... rasa marah sungguh masa tu... tapi last2 aku redha je nak buat camana ye tak. dah nak jadi...nasib baik pecah dekat ngan nombor pomen motor nama As (0173495337) kalau sesiapa mengalami masalah tayar motor pecah dekat lebuhraya putrajaya nak ke Tol KLIA tu boleh la cari dia...
atas tu gambar tayar motor aku yang pecah di tapak kejadian...(mmg takder kerjakan)

No comments: