Thursday, September 27, 2007

PaStU

Semalam aku berbuka makan nasi daging, kak ipar aku yang baru masak. Sedap.........
pastu adik aku lak buat kek chocolate pun sedap jugak.
pastu malam sebelumnya aku beli tapak Sulaiman seekor nama dia Patrick.
pastu anak sedara aku rompak patrick aku,
pastu pagi-pagi tadi aku rompak balik Patrick aku tu,
Pastu aku paste gambar Patrick aku kat tepi Blog ni...Tengokla...
................COmelllllllllllllll............

Monday, September 24, 2007

Blog aku lagi maju

assalamualaikum....
kenapa aku rasa blog aku macam luas huh??
hahaha memang la saiz blog aku lagi luas sebab blog aku dah maju,
jadi dengan ini diharapkan rakan seperjuangan blog aku seperti enal, kak ija, iryd, bob dan hajar agar tidak mencemburui kemajuan blog aku ni.

adios amigos, bye bye....

Saturday, September 22, 2007

Al-FaTIhaH


Sedekahkanlah Al-Fatihah untuk Allahyarhamah Nurin Jazlin Jazimin Abdul Jalil. Kanak-kanakyang dilaporkan hilang sebulan lepas semasa ke Pasar malam dirumahnya dan akhirnya ditemui meninggal dunia di dalam beg pakaian di Petaling Jaya..... Al-Fatihah................

Wednesday, September 19, 2007

makan minum di Johnny's Restaurant

Malam 19 september kami ramai-ramai pergi berbuka puasa kat Johnny's steamboat dalam alamanda... order bagai2 sampai masa balik perut buntat dan sendat je hahaa...aku makan nasi daging siam, nama macam spesel yang sebenarnya nasi putih ngan daging stim je... tapi rasa sedap je, lapor agaknya masa tu

*****('',)*****(",)*****(",)*****(",)*****(",)*****(",)****


abis2 makan tu mintak desert nama salim.... rupa2nya salim tu dalam bahasa melayunya panggil cendol cuma lebih halus dan tak guna gula merah... pun takder la sedap sangat...hehehe.... dasar tak tahu bersyukur la aku ni kan?
kalau nak tau inila rupa Salim tu...

P/S: Diharap kepada Hajar, Iryd, Enal, Kak Ija ngan Bob jangan JELES kerana aku buat post ni dulu : )

aaahhh.... sudahhhhhhh.......

Holla... entry kali ini sajaje aku buat untuk membidas kata-kata enal kat blog dia (legacy of enal-tgk kat link aku).
1. Aku tau la ko bergambar kat mana, kat orchard road singapore jangan la nak sombong2 saper lagi yang ambik gambar korang tu kecuali aku...ko ni bagaikan kacang lupakan kulit bagai kera mendapat bunga...
2. satu lagi gambar yang aku letakkan disini adalah jauh lebih cantik daripada gambo dia...maka aku tak jeles langsung kat ko hahahaha

Monday, September 17, 2007

HOPE,TRUST,CONFIDENCE


CONFIDENCE:

1 Day all villagers decided to pray for rain.
On the day of prayer all people gathered & only one boy come with umbrella. THATS CONFIDENCE.

TRUST:
Trust should be like feeling of a 1 year old baby, when you throw him in the air, he laughs....
because he know you will catch him...

HOPE:
Every night we go to bed, have no assurance to get up alive in the next morning
but still we have many plans for coming day...



KEEP CONFIDENCE, TRUST IN GOD AND NEVER LOSE HOPE...



paste from: http://www.funlok.com/content/blogcategory/33/49/5/5/

Monday, September 3, 2007

Kerja....Kerja....Kerja.....

Dah lama jugak aku tak update2 blog aku ni, bukan apa aku ni dalam urusan karang mengarang ni lemah sikit. tapi malam ni macam malas gak nak tulis2 tapi untuk membuang masa aku yang berharga ini aku tulis la apa2 pun yang aku rasa nak tulis. tajuk aku kat atas kata Kerja...Kerja...Kerja... tulah yang aku nak tuliskan pasal, aku sekarang ni kerja banyak la sangat kat ofis ni, dengan report kajian yang tak tulis lagi. nak kena buat arrangement untuk seminar yang akan dilakukan 11 september nanti, mmg macam banyak sangat kerja yang tak siap lagi, tapi ntah la kenapa aku masih boleh lagi berlagak kool... maybe sebab aku ni terlalu banyak minum ais kot.... hahaha(ada kena mengena tak?)

Tapi bila macam aku mendapat hidayah keinsafan tu insaf la sekejap (yang pasti masa ni aku tak dapat hidayah lagi) masa tu mula la rasa bila la aku nak bekerja dengan bersungguh- sungguh, tapi aku rasa mmg aku takder bakat untuk bekerja dengan komited dan maintain untuk bekerja dalam satu jangka masa yang panjang.

Dalam 2 minggu lepas tayar motor aku pecah semasa dalam perjalanan pulang dari ofis nak ke Sungai Buloh... esoknya aku ada exam Pegawai Gred N41 kat Ipoh... rasa marah sungguh masa tu... tapi last2 aku redha je nak buat camana ye tak. dah nak jadi...nasib baik pecah dekat ngan nombor pomen motor nama As (0173495337) kalau sesiapa mengalami masalah tayar motor pecah dekat lebuhraya putrajaya nak ke Tol KLIA tu boleh la cari dia...
atas tu gambar tayar motor aku yang pecah di tapak kejadian...(mmg takder kerjakan)