October dah berlalu dan now is Raining November, setiap hari hujan tak pagi petang tak petang tengahari tak tengahari malam. Maka cuaca adalah lembab dan kadar kelembapannya itu telah menjadi faktor mengapa penulis blog ini menjadi lembab dan lemau untuk memblog kini. Tambah lagi sekarang ni dah hujung hujung tahun, memasing sibuk nak capai azam yang lepas dan menghabiskan sisa sisa cuti yang banyak lagi. Hoho apalah yang aku sedang mengarutkan ini.
Balik kepada tujuan asal post kali ini adalah untuk mengucapkan Tahniah kepada adik aku yang telah bertungkus lumus dan bersusah payah study yang akhirya telah berjaya menggraduasikan diri dengan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dengan kepujian dari Univrsiti Tun Hussein On Malaysia aka UTHM semalam. Walaupun jubah konvo hanya diletakkan didalam plastik pasar malam berwarna merah silalah berasa berbangga kerana akhirnya majelis telah berlangsung dengan jayanya. Abang Jale juga mengucapkan supaya Mae sukses selalu dalam apa yang dilakukan dan semoga mendapat ketabahan yang tinggi dalam hidup ini bak kata unknown "Hidup ini Susah..." hehehe
No comments:
Post a Comment