Saturday, November 17, 2012

Berkhatan...

Assalamualaikum!!!

Cuti sekolah is here and masa cuti sekolah ni antara aktivit yang kalau dulu dulu macam ngeri je nak lalui adalah berkhatan. Katanya kalau dulu dulu punya sunat kena rendam dalam air sungai dari subuh sampai ke siang nak bagi anu kebas. Pastu tok mudim lak dibayangkan bermisai lentik tengah asah parang kontot nak guna buat potong anu tu nanti. Masa awal 90an dah guna doktor spital dah, dah ada ubat bius orang kata tak sakit macam kena gigit semut je. Semua tu dusta belaka ingat lagi masa kena potong memang tak sakit sebab masa bius tu dah sakit yang amat rasa nak terajang je orang yang tengah biuskan tu. Sekarang ni sunat macam senang aje, macam kelip mata dah siap. Pastu takde la payah nak kena jalan kangkang kangkang sebab anu nye dah kena balut cantik. So mereka mereka zaman kini tak merasa ngilunya tergesek ngan kain pelekat.
Yang pegang bunga manggar tu adalah my apak aka atok kepada budak baju kuning yang tengah diusha olehnya.
Kalau masa aku dulu berkhatan di-organize-kan oleh family tapi sekarang ni sunat beramai ramai macam anak buah aku ni, PIBG sekolah dia yang anjurkan melibatkan peserta yang ramai sampai 34 orang gamaknya. Anak buah aku ada 2 orang joined yaitu yang pakai baju kaler kuning tu; sorang darjah 4 sorang darjah 3 rasanya. Memori aku dulu malam sebelum khatan buat makan makan meriah kat rumah ingat lagi malam tu dapat makan ikan bawal masak kicap memang sedap, bebudak sekarang lagi maju diorang dapat KFC untuk breakfast.
Wajah wajah ceria sebelum dikhatan mengadap KFC

My Dad memang professional dalam mengupas durian, muka siap macam
COOL aje
untuk majlis berkhatan beramai ramai kat Desa Coalfield ni apak telah menjadi penyumbang buah durian untuk tetamu tetamu yang ada kat kawasan kejadian. Jenuh jugak la nak ngopeknya nak jamu kat orang, ingatkan aku dah terer kopek durian rupanya tak cukup terer lagi bila kena bukak secara laju dan banyak. Nasib baik la jugak ada yang terbukak and mana yang tak terbukak tu terus aku fitnah durian tu degil n tak berapa nak masak atau mangkor. hahaha.. memula ingatkan macam sambutan tak berapa nak hangat sebab hidang durian sebagai breakfast rupanya sambutan adalah sangat menggalakkan sampai habis jugakla sebonet buah durian yang bapak aku bawak dari kampung tu habis. Maybe sebab durian tu durian kampung so lain sikit and most importantly it is FREE...hahaha siapa yang mau menolak rezeki kan. Siap mana yang aku tak sukses untuk bukak tu ada makcik yang bungkus bawak balik. So disini aku nak mengewish kepada makcik tersebut semoga berjaya membukanya.(",).
Kena pancut ngan air sekarang ni dah macam acara wajib kan kalau ada khatan berkhatan dan sunat menyunat ni. Dah jadi macam SOP lak setiap kali ada upacara khatan mesti ada segmen mandi air macam ni. Memang nampak bebudak tu macam sangat seronok, tapi ok la untuk membuatkan mereka lupa keperitan dan kepedihan yang akan dilalui oleh mereka selepas itu. Muahaahaha...Dalam Gambar tu mana budak baju kaler kuning yang tengah pose semacam tu yang tu lah anak buah aku.
Berarak sudah, berkompang dipalu sudah, makan sudah mandi air semburan sudah so now adalah kemuncak aktiviti, hahaha sorang demi sorang akan dimasukkan kedalam bilik kat bawah ni untuk bersunat lak. Dengar ceritanya ada aje yang menjerit2 kengerian....
Bilik pembedahan

Finally aku nak mengucapkan Tahniah untuk kedua anak buah aku Akma Hamizan ngan Azri Hakim sebab dah sunat, kalau ikut kata orang dulu dulu kalau dah sunat tu maknanya dan besar and most importantly kalau time aku dulu dulu kalau dah sunat tu kalau gi semayang kat surau dan layak nak pakai kain pelekat. hahahah....

Friday, November 16, 2012

salam maal hijrah


Assalamualaikum!!!

Malam ni dah malam ketiga dalam kalendar baru hijrah 1434 dan harapnya aku masih tak terlambat untukl mengucapkan selamat tahun baru kepada semua umat islam yang disayangi semoga tahun baru ni membawa semakin banyak kebaikan berbanding keburukan. Semoga umat islam dimuka bumi dapat hidup dengan aman harmoni dan tabah menghadapi semua halangan dan rintangan. Minta juga pada sesiapa yang berkunjung ke blog ni untuk doakan kesejahteraan dan keamanan dan yang terbaik untuk saudara saudari kini yang berada di Palestin.


Sunday, November 4, 2012

Happy Graduation Day to Ismail Salleh

Asslamualaikum!!!

October dah berlalu dan now is Raining November, setiap hari hujan tak pagi petang tak petang tengahari tak tengahari malam. Maka cuaca adalah lembab dan kadar kelembapannya itu telah menjadi faktor mengapa penulis blog ini menjadi lembab dan lemau untuk memblog kini. Tambah lagi sekarang ni dah hujung hujung tahun, memasing sibuk nak capai azam yang lepas dan menghabiskan sisa sisa cuti yang banyak lagi. Hoho apalah yang aku sedang mengarutkan ini.

Balik kepada tujuan asal post kali ini adalah untuk mengucapkan Tahniah kepada adik aku yang telah bertungkus lumus dan bersusah payah study yang akhirya telah berjaya menggraduasikan diri dengan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dengan kepujian dari Univrsiti Tun Hussein On Malaysia aka UTHM semalam. Walaupun jubah konvo hanya diletakkan didalam plastik pasar malam berwarna merah silalah berasa berbangga kerana akhirnya majelis telah berlangsung dengan jayanya. Abang Jale juga mengucapkan supaya Mae sukses selalu dalam apa yang dilakukan dan semoga mendapat ketabahan yang tinggi dalam hidup ini bak kata unknown "Hidup ini Susah..." hehehe