Saturday, October 27, 2012

AidilAdha yang Awesome...

Assalamualaikum!!!...

Raya Haji kali ni adalah merupakan yang pertama kalinya aku sambut kat tempat kerja. Memula perancangan memang nak menabahkan hati sambut Raya Qurban kat KL ni aje. Rupanya tak tahan godaan bila mak bagitau kat kampung ada nak buat kenduri Aqiqah untuk anak buah aku so terus ekjas cuti tarikh hari khamis. Dapat jugak la aku attend kenduri dan menyibukkan diri sepanjang hari persiapan tu. Bergerak balik dari sungai besi jam 630 pagi ikut hiway dan dengan tenang dan tanpa jamnya aku sampai kat kampung jam 910 pagi. Masa sampai rupanya orang kg sangat efisyen yang mana masa tu kerja mengaqiqahkan lembu tu tinggal part cincang mencincang and timbang menimbang aje. so selamat la tubuh badan aku dari percikan darah hahaha...

Menu untuk kenduri malam tu plak semuanya adalah berasaskan daging yang segar dan santan yang pekat. Ada nasik putih, rendang daging, gulai daging, kurma daging, additional ayam masak merah ngan jelatah timun nenas. memang rasa sangat bz masa tu and rasanya bila masa untuk raya the most happening time adalah masa hari persediaan.

Bila dah kat kampung pelan asal konon nak balik lepas kenduri pastu tapi tak jadi tangguh plak kekonon nak balik awal2 sebelum subuh nak semayang raya kat KL katanya, bila mak aku kejut pagi2 tu kata nak semayang raya kat tengah jalan pulak dah hahaha dan last last sekali aku semayang raya kat Kampung aku jugak...hahahaha....lepas semayang raya baru balik KL dan sekali lagi aku balik dengan tenang dan tanpa kesesakan and awal gakla sampainya sempat la panaskan rendang and kari daging yang ditapaukan.

Kerja aku semasa bekerja dihari raya adalah melukis benda ni, siap
buat referrence lagi k.. haha...( '_' )
Hahaha so maknanya aku tahun ni bukan totally raya diperantauan la maknanya sesuku kat kampung sesuku atas highway dan setengah lagi baru kat tempat kerja hohoho. so raya aku tahun ni adalah awesome sebab raya banyak lokasi.  Dan bertambah tambah awesome plak bila masa orang tak bukak kedai ni la aku terasa nak makan satay daging lak.Dan dikesempatan ni aku nak mengucapkan  Selamat menyambut Aidil Adha dengan tenang dan kalau makan daging tu ingat ingat la aku yang diperantauan ni, kalau sudi bawak bawakkanlah.


Saturday, October 6, 2012

Coco Gangnam


Assalamualaikum dan selamat malam semua...

Dah lama sangat dan macam bizi sangat sekarang ni, so sangat jarang mengupdate blog ni. Jadi untuk memeriahkan sikit sikit atau memberi nafas sikit sikit kat blog ni, ni aku post tarian gangnam style yang sangat femes dua tiga menjak ni. please acknowledge yang aku bukan big fan gangnam ni tapi tengahari tadi kat the Summit USJ ada benda kiut warna biru ni buat the dance n nampak kiut. Since tangan benda biru a.k.a coco tu adalah ketot maka dia gunakan kaki untuk tunjuk gaya gangnam tu.