Masa dia kecik2 dulu panggil dia zaza, tapi kini nama dia semakin serasi dengan nini. Dulu Nini adalah kanak2 tetapi kini nini dah menjadi baligh dan gatal. Tapi gatal Nini gatal bermusim dia punya cycle kegatalan dalam 2 bulan sekali kot. Bila masa dia gatal kerjanya asyik menonggek aje haha...sian tengokkan dia tapi nak buat macamana sebab dia tidak dibenarkan bergaul dengan yang lain-lain. Aku rasa hidup Nini sangat lonely hehe walaupun begitu pernah gak beberapa kali aku bawak Nini keluar dari kawasan rumah. Tapi Nini berlagak macam gadis sunti terjerit-jerit bila bawak keluar. Bukan aku bawak Nini kemana pun, bukan aku bawak dia untuk diperdagangkan pun, aku bawak Nini gi jalan rumah akak shabini je. Belakang rumah akak shabini ada rumah orang kaya, rumah tan sri mana ntah. Jadi aku sajalah bawak Nini jalan-jalan tengok rumah orang kaya tu. Bolehla nanti2 aku suruh Nini tekel tan sri tu...tak dapat tan sri dpt suruh nini goda kucing dia pun jadi la. Jarak rumah akak shabini ngan rumah aku adalah dlm 100 meter je tapi Nini tak keruan macam aku dah bawak jalan jauh sangat.
Ini adalah rahsia!!!: pernah jugak suatu hari semasa Nini kecik2 dulu aku bawak dia pergi main kat playground bawah rumah ni, tetapi Nini mengalami phobia apa ntah bila aku letak atas rumput dia terus cabut masuk dalam kereta orang, masuk dalam bahagian enjin. jenuh aku kait Nini nak bagi dia keluar. Bila dah dapat terus bawak balik terpaksa mandikan sebab dia dah kena minyak enjin.
Gambar kecil disebelah menunjukkan macam Nini yang sangat terperingin hendak menikmati kehidupan diluar,tetapi sekali bawak keluar kelam kabut nak masuk rumah balik, ntah apa apa ntah. Setiap kali bukak pintu Nini akan sibuk2 nak pose2 depan pintu tu, memula dulu letak plastic board depan pintu taknak bagi dia keluar, tapi masa tu masa kerampingan Nini, so dia selalu je buat lompat berpagar nak keluar. Makanya dari plastic board kena upgrade guna jaring plak so Nini yang sudah mula berisi tidak mampoo lagi untuk melompat lebih tinggi. Makanya Nini hanya dapat melihat dunia luar dari celah2 jaring je.
Walau Nini berbulu lebat teapi bulu Nini sangat rapuh dan suka berguguran, ada tak sebarang cadangan atau petua camana nak kurangkan bulu Nini dari mengalami keguguran yang lebih kronik? Kalau aku gunakan pantene anti hair fall tu agak2 leh tak kurangkan sehingga 75% at least keguguran bulu Nini tu?
p/s: Hahaha ntah apa2 punya post siap bongkar rahsia kat sini lagi....
4 comments:
jangan kasi nini makan benda2 masin like ikan masin or ikan bilis. nanti bulu dia cepat gugur.
jangan guna shampoo manusia kat hewan sebab selalunya hewan elejik ngan barang2 manusia.
p/s : eh jangan caya sangat. tu selalunya. kot2 nini kebal aku tak tau la hehehe..
kesian dia terkurung je dlm umah. Pindah la duk landed. Senang nini nak berkawan2.
Bulu dia gugur sbb stress duk umah pastu xdpt nak ber'mating'.
kau bagi dia makan apa? jgn bagi makan carbo (nasi) bagi protein je...:p
kak ieja: tapi nini mmg tak makan bahan mentah, baru2 ni je dia telan anak cicak haha...tu pun terlepas.
Cynthia: aku rasa pun macam tu jugak la dia mengalami stress sbb tak dapat menggatal haha
Linda: oooo maknanya kena beli makanan yg takde carbo la, kot camtu nanti tak gemok la dia..haha
Post a Comment