Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Memandangkan Iryd yang jarang-jarang apdet blog pun berupdate ucapan raya jadi aku kat sini sebagai penggiat aktif blog kenalah juga menyampaikan ucapan selamat menyambut hari raya aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat mukminin dan mukminat yang ada kat malaysia dan juga seantero dunia kepada kawan2 yang masih tekun belajar atau bekerja di dalam dan diluar negara aku ucapkan selamat menyambut raya diperantauan. Aku menyusun segala jari jemari dan bebulu badan yang ada untuk memohon maaf sekiranya ada tersalah tingkah tesilap tutur termakan terminum terbengkakkan hati hati korang. Segala macam bentuk kesalahan kalau ada aku lakukan aku minta maaf la zahir dan batin.

Selamat Hari Raya and to those yang balik beraya berhati-hati di jalan raya, kalau naik kapal terbang suruh pilot berhati2 memandu kalau naik kapal laut suruh kelasi make sure jangan sesat kat lautan tak bertepi tu...hahaha..

aku balik raya malam ni uwaaaaa......

Friday, August 19, 2011

Selamat 19Ramadhan

Dari Uqbah iaitu Ibnu harith katanya: Aku mendengar Ibnu Umar r.a. berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

"Carilah Lailatul Qadar pada sepuluh hari yang terakhir. Namun jika salah seorang dari kamu tidak mampu, maka jangan sampai terlepas pada hari ketujuh yang terakhir"

Riwayat Muslim


Hari ini 19 ramadhan makanya malam ni adalah termasuk malam kesepuluh akhir dalam bulan ramadhan. Jadi kepada muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat sekalian bersama-samalah kita merebut kesempatan yang tinggal untuk mendapatkan bonus pahala 1,000 bulan.

1. Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada Lailatul Qadar. 2. Dan tahukan kamu apakah Lailatul Qadar itu?. 3. Malam Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. 4. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. 5.Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.

 Terjemahan surah Al-Qadr ayat 1-5


Thursday, August 18, 2011

ZAZA dah jadi NINI



Masa dia kecik2 dulu panggil dia zaza, tapi kini nama dia semakin serasi dengan nini. Dulu Nini adalah kanak2 tetapi kini nini dah menjadi baligh dan gatal. Tapi gatal Nini gatal bermusim dia punya cycle kegatalan dalam 2 bulan sekali kot. Bila masa dia gatal kerjanya asyik menonggek aje haha...sian tengokkan dia tapi nak buat macamana sebab dia tidak dibenarkan bergaul dengan yang lain-lain. Aku rasa hidup Nini sangat lonely hehe walaupun begitu pernah gak beberapa kali aku bawak Nini keluar dari kawasan rumah. Tapi Nini berlagak macam gadis sunti terjerit-jerit bila bawak keluar. Bukan aku bawak Nini kemana pun, bukan aku bawak dia untuk diperdagangkan pun, aku bawak Nini gi jalan rumah akak shabini je. Belakang rumah akak shabini ada rumah orang kaya, rumah tan sri mana ntah. Jadi aku sajalah bawak Nini jalan-jalan tengok rumah orang kaya tu. Bolehla nanti2 aku suruh Nini tekel tan sri tu...tak dapat tan sri dpt suruh nini goda kucing dia pun jadi la. Jarak rumah akak shabini ngan rumah aku adalah dlm 100 meter je tapi Nini tak keruan macam aku dah bawak jalan jauh sangat.
Nini yg terperingin keluar

Ini adalah rahsia!!!: pernah jugak suatu hari semasa Nini kecik2 dulu aku bawak dia pergi main kat playground bawah rumah ni, tetapi Nini mengalami phobia apa ntah bila aku letak atas rumput dia terus cabut masuk dalam kereta orang, masuk dalam bahagian enjin. jenuh aku kait Nini nak bagi dia keluar. Bila dah dapat terus bawak balik terpaksa mandikan sebab dia dah kena minyak enjin.

Gambar kecil disebelah menunjukkan macam Nini yang sangat terperingin hendak menikmati kehidupan diluar,tetapi sekali bawak keluar kelam kabut nak masuk rumah balik, ntah apa apa ntah. Setiap kali bukak pintu Nini akan sibuk2 nak pose2 depan pintu tu, memula dulu letak plastic board depan pintu taknak bagi dia keluar, tapi masa tu masa kerampingan Nini, so dia selalu je buat lompat berpagar nak keluar. Makanya dari plastic board kena upgrade guna jaring plak so Nini yang sudah mula berisi tidak mampoo lagi untuk melompat lebih tinggi. Makanya Nini hanya dapat melihat dunia luar dari celah2 jaring je.


Walau Nini berbulu lebat teapi bulu Nini sangat rapuh dan suka berguguran, ada tak sebarang cadangan atau petua camana nak kurangkan bulu Nini dari mengalami keguguran yang lebih kronik? Kalau aku gunakan pantene anti hair fall tu agak2 leh tak kurangkan sehingga 75% at least keguguran bulu Nini tu?

p/s: Hahaha ntah apa2 punya post siap bongkar rahsia kat sini lagi....

Friday, August 12, 2011

Produk Pemanjaan Diri

assalamualaikum dan selamat hari jumaat....

tsk tsk tsk <---nangis gaya korea, mood bontot pedih kena babab ngan kak ija kerna mengabaikan tag dia yang lampau.tapi sesungguhnya memang aku tak perasan kak ija ada tag aku suruh jawab benda ni, kalau aku tau dah lama dah aku jawab tanpa berlengan lagi haha...tag pasal produk kejelitaan badan lak tu huhu...

1...2...3....mari kita mulakan ye adik2

PRODUK 1: PENJAGAAN WAJAH
Dulu wajah saya berminyak dan berjerawat tetapi setelah menggunakan pencuci wajah yang berbagai bagai maka saya tidak mengalami masalah jerawat lagi....<---ini adalah skrip iklan sahaja, sebab aku pakai macam2 produk maintain naik gak jerawat tu huhu, tapi rasanya sebab sebenar aku tak berapa nak gigih basuh muka dipagi dan di malam hari. Skang ni je kurang sikit jerawat sebab dah agak matang maka hormon muda remaja pun berkurang. Skang ni aku pakai Garnier men yang boleh menang motor tu, sblm tu pakai Olay sblm tu lagi pakai metholatum arang tu...kesimpulannya macam2 produk aku pakai untuk wajah ikut keseronokan aku membeli belah masa itu haha...tapi walau begitu saya rasa wajah saya maintain comel dan tidak berkedut...

PRODUK 2: WANGI-WANGIAN
aku mungkin peminat minyak wangi, minyak wangi aku yang first adalah CD Higher Energy abang aku bagi. First kalau tak termasuk minyak wangi seribu malam dan malaikat maut bapak aku lah. sekarang ni atas rak tak berapa nak solek aku ada 5 perfume wahahaha....burberry the beat, davidoff adventure, Carolina Herrera Aqua, CK secret obsession ngan 212 Men sexy...haha i mmg sexy taw.. yang CH tu bau macam bedak cuticura gambar orang main snow ski tu pun ada gak haha..paling best rasanya yang aku pernah ada adalah Dunhill London ngan CD higher energy tu.




PRODUK 3: ALAT SOLEK a.k.a MAKE UP
Setelah di check saya adalah seorang lelaki dan juga bukan seorang aktor, maka rasanya saya takde alat solek a.k.a make up walau hanya secalit lipstick dibibir, masa musim bibir merekah sebab kering dulu je la kot ada pakai lip balm. tapi itu pun tak lama sebab bibir aku yang mungil menjadi semakin merekah..ehhh terpandang atas rak tak berapa nak solek aku ada bedak dettol, biasa bedak ni aku sapu kat NINI je hahaha..

PRODUK 4: SABUN BADAN a.k.a SHOWER CREME
Aku punya sabun mengandungi khasiat susu kambing dan juga madu, tapi bila pakai aku bau macam bau Nenas....hahaha hebat tak aku punya sabun mandi, haaaa tu la dia kehebatan gervene gervenne shower creme. Kadang2 kalau malas or nak cepat aku guna je sabun buku, gosok gosok bilas bilas siap...yang ni pun akan berubah2 mengikut tahap keseronokan dan kekayaan semasa membeli belah.

PRODUK 5: SYAMPU RAMBUT
untuk mendapatkan kesan rambut yang sihat bersinar dan kurang keguguran saya menggunakan pantene hairfall control baru, tapi biasa aku suka guna dua jenis syampu berselang-selang hahaahaa..currently pantene tu aku selang dengan rejoice 3 perawatan dalam satu tu...harap2nya rambut aku selamat la sampai aku berusia hehe...setiap 2 hari sekali aku akan mensyampu rambut sebab rambut aku selalu meminyakkan dirinya sendiri+hiruk pikuk debu debu kuala lumpur banyak terperangkap kat rambut aku ni.

PRODUK 6: UBAT GIGI
Ubat gigi aku ada gambar beruang kutub....fresh n white sebab ini yang murah dan besar dan dapat pinggan percuma masa aku beli aritu...tak sampai seploh ringgit rasanya masa aku beli kat Mydin dua bulan lepas dapat 2tiub besar + pinggan bercorak flora...berbaloi baloi rasanya...yang penting adalah proses menggosok gigi itu, sila praktikkan apa yang diajar oleh misi masa kena mencangkung tepi parit masa sekolah rendah dulu.

PRODUK 6: UBAT KETIAK
hoiii cynthia ada ke produk nama ubat ketiak?? tapi aku nak tulis deodorant rasa macam salah plak sebab aku bukan pakai deodorant yang ada wangi2 tu, aku pakau garam mineral [berkah kerja eksport mineral dulu] hahaha pakai yang brand smelly no more, dia takde la bau wangi walhal takde bau pun, tapi mmg berkesan untuk menghilangkan bau kepam ketiak. haha sekali beli leh tahan sampai setahun woooo. sesuai juga diguna untuk menghilangkan bau kaki...atas permohonan cynthia aku kepilkan jugak gambar ini dan sememangnya produk ini adalah halal insyaALLAH...sebab hanya berunsurkan garam mineral dan tiada bahan tidak septutnya digunakan.

PRODUK-PRODUK LAIN
perggghhh ada ke lagi? rasanya dah penat berulang alik ke bilik mandi tengok sabun syampu apa aku pakai...ehh ehh ada satu lagi, minyak rambut cap gatsby strong hold tu, yang ni pun jarang jarang pakai sebab nanti aku nampak kacak sangat hahaha...

Sekian. wassalam.

Wednesday, August 10, 2011

Burberry Cheese Tart


assalamualaikum kepada perindu perindu blog i sekalian, wahhh intro macam artis!! Lama jugak dah takde mengupdate disini. Nak kata busy tak busy, nak kata tak busy busy gak sikit2. bukan takde mengarang ada je..tapi asyik tak cukup idea nak tulis sampai abis, rasanya ada 28juta dah entri aku simpan kat archive nun...huhuhu.

ada gak yang tanya kat aku puasa2 ni tak main masak2 ke utk berbuka, bukan tak masak tapi kang kalau aku story hari2 aku menyambal menggulai merendang or memanggang kang ada plak rombongan meminang datang kat rumah aku. Frankly rasanya tahun ni baru 2-3kali kot aku beli kat pasar Ramadhan yang lain lain semua masak ye, contohnya semalam aku membuat sambal kerang dan sotong goreng tepung (sambal jadi, sotong tak menjadi plak huhuhu)

Tapi this time bagi menggiurkan para pembaca pembaca yang sedang berpuasa dibulan ramadhan makanya aku membuat juga post berbentuk makanan ini. Baru sekejap tadi, baru sesangat...kalau pegang badan oben tu paneh lagi gamaknya aku sudah membakar burberry cheese tart. Kalau saudara terasa terliur sudah makanya silalah merujuk kepada blog che siti noor untuk mendapatkan resepinya dan didalam tart saya ini terdapat kesilapan teknikal sebab saya membancuh doh dengan melupakan telur...

huhu dah tak tau nak tulis apa lagi..next next time nanti nanti lama lama blog aku ni kena caruts sebab menggiurkan pembaca dibulan ramadhan. kalau dah intro perasan penutup pun kena la up jugak, bajet2 ramai pembaca dan pengikut...haha


p/s: sebab aku dah gigih membake benda ni dari jam 11 hingga 2 baru selesai sebab oven aku comel makanya aku membelanja diri sendiri utk membeli juadah kat pasar ramadhan sungai besi...sasaran kedai no 3 akak sharbini...