Monday, February 28, 2011

apa ada kat teluk intan? 2

sihat semua? eherm...kali ni sambung lagi tulisan pasal apa ada kat teluk intan, hahaha pasni aku leh jadi duta teluk intan la.. kali ni nak cerita pasal laksa, Kisah gerotak lama dan juga Iktibar dari gajah putih nan suci:
1.0 Cerita Pasal Laksa: laksa yang pada aku mengancam habis kat teluk intan ni adalah laksa Cik Kiah yang duduknya adalah dihujung gerotak Kg. Bahagia - Teluk Intan. ermmm laksa dia ni ada rasa yang tersendiri nak kata kuah dia pekat tak pun cair je kuahnya cuma speselnya laksa cik kiah ini adalah ia mempunya aroma dan rasa yang secukup rasa tak lebih tak kurang masamnya pedasnya perghhh..leh jadi ketagih ooo haha, yang bertabah bestnya laksa ni adalah sebab rege laksa ni maintain lima kupang je sejak aku dari sekolah rendah sampai la aku dah jauh melebihi suku abad ada dekat 20 tahun harganya mantain je lima kupang campur air bikarbonat lagi lima kupang, so total seklai makan kat sini seringgit je huhuhu..murahkan, n diingatkan skali lagi buat sebab dia murah aku suka laksa ni tapi sebab rasanya yang secukup rasa itu..kalau dulu aku balik skolah mmg lalu depan kedai dia ni so selalu la singgah especially masa darjah 6 sebab masa tu sealu ada kelas tambahan so balik lambat sikit kekadang kul 3 kekadang kul 4 so untuk melepaskan lelah penat belajar singgah makan dulu kat sini, tapi sebab zaman dulu dulu belanja 4 kupang je plus 3kupang utk kelas tambahan maka duit terpaksa dihematkan untuk memakan disini, takde la ari2 plak aku makan kan...dulu ada ais kacang skali so kalau tak makan laksa makan ais kacang banyak duit dua2 aku sental hahaha..maklumla dulu gi skolah naik beskal so letih ye nak kayuh basikal sejauh 2km maka buat pitt stop pada kilometer pertama dulu haha.. (actually aku pun tak ingat tapi rasa mungkin masa sekolah rendah laksa n ais kacang dikedai ini masih 3kupang je kot, pastu baru naik 5 kupang sampai skarang, ok la tu mana nak cari laksa ngan air rm1.00 je skang ni, air berkarbonat lak tu haha..sebelum sizen air berkarbonat and selepas malas memesin ais kacang cik kiah provide air tebu. oh ya sebagai promosi juga ingin dinyatakan bahawa laksa ini juga boleh dibungkus..tahniah diucapkan kepada cik kiah sebab mampu memantainkan harga dan keenakan laksanya, kenapa la org lain suke je nak jual mahal2 cik kiah suami isteri berniaga dengan hati yg ikhlas agaknya dah merasa suami isteri pergi mekah. kepada peniaga peniaga yang berkeliaran kat luar sana tu sila ingat yang penting bukan keuntungan tetapi kab-ba-ro-kab-alif-ta-nun...keberkatannn ye dak?

2.0 Kisah Gerotak Lama: kepada yang tak tau gerotak tu apa, maksud gerotak adalah kata ganti nama bagi jambatan besi yang didirikan sebagai laluan keretapi yang digunakan pada masa lalu dan kini, tetapi utk pengetahuan korang semua jambatan keretapi kat Teluk Intan ni dah lama terkorban dimamah usia yang tinggal sekarang hanyalah peninggalan kesan-kesannya.. ini cerita zaman aku sekolah gak, masa tu keretapi Tapah - teluk Intan masih berfungsi lagi, tujuannya adalah nak bawa barang pertanian dan orang ke kawasan pelabuhan, zaman dulu2 teluk intan adalah mempunyai sistem pelabuhan terkemuka yang setanding dengan pelabuhan klang kini huhu..so masa tu setiap kali keretapi lalu kawasan kampung aku dia akan bunyikan wisel dia tu, bising betul kalau bernasib tak baik sikit masa tu aku yang bawak adik aku naik basikal ke sekolah akan berselisih ngan keretapi tu masa kat atas gerotak tu. so ada sedikit debaran masa tu pasal merujuk kepada gambar kat atas keretapi akan lalu kat kawasan bertar dlm gambar tu manakala kami pengguna basikal akan menumpang kasih melintas sungai bidor untuk ke Teluk Intan guna jalan seluas 3kaki je agaknya sebelah betul2 laluan keretapi tu, masa tu terasa bergegornya..semua halt dam beku kat tgh2 jambatan huhuhu...kalau berselisih basikal basikal kat atas jambatan kayu tu mcm handle bersapa handle je, dah la masa tu jambatannya berlubang2 ingat2 balik memang rasa macam dulu aku sgt terer bawak basikal ikut situ, skang ni jambatan laluan aku tu dah semak samun dah, agaknya kalau suruh buat lagi dah tak berani dah gamaknya..tapi skang laluan keretapi tu pun dah convert jadi laluan utk motosikal. tapi bila aku lepak2 makan kat kedai cik kiah yang distorykan di atas aku rasa macam ramai je rupanya anak teluk intan yang derhaka lite2 lama tak balik kg, sebab rasanya dah berbelas tahun dah kereta tak dibenarkan lalu jambatan tu lagi. sekarang laluan basikal/pejalan kaki tu dah jadi tempat menjoran udang galah.
p/s: ingat dlm satu program raya biografi Jamal Abdillah ada feature jambatan ni
3.0 Iktibar dari Gajah Putih nan Suci: kesinambungan kisah gerotak lama ini ada satu insiden berkaitan perkhidmatan keretapi Tapah- Teluk Intan yang semakin dilupakan dimamah zaman, the event happen before the time begin kata omputihnya, kisah tahun 1894, kisah pengorbanan suci gajah untuk anaknya. lagenda gajah putih ni dulu rasanya amat terkenal kat teluk intan ni, lagenda yang menunjukkan sedangkan binatang kasihkan anak yang sepatutnya digahkan untuk dijadikan iktibar ibu ibu dan bapa bapa zaman sekarang. ermmm diceritakan bahawa ada seekor gajah putih yang besar dan gagah telah terkorban dalam mempertahankan anaknya daripada dilanggar oleh keretapi enjin wap masa tu menyebabkan keretapi tu tergelincir/ terbalik. utk mengenangkan perkara tersebut telah didirikan satu papan tanda yang dulunya senang nak ditemui tetapi kini dah tersemunyi kat celah2 pokok pisang n kebun orang. so kena pandai cari iskit la kalau nak cari landmark ni. p/s: pada aku la patutnya pihak MPTI bolehla ambik sedikit inisiatif menjaga warisan yang ada ni, nampak mmg mcm tak seberapa fungsinya tapi pada aku benda macam ni membawa mesej yang amat bermakna untk semua orang..

ok la akhir kalam untuk kali ini; silalah ingat ye, sedangkan binatang kasihkan anak

Sunday, February 27, 2011

Give Me Some Sunshine - 3 Idiots (2009)

lagu dari cerita idiots ini sangat enak didengar dan mempunyai maksud yang tersirat. cerita yang pada aku best untuk ditonton oleh khalayak ramai very the motivated ceritanya pasal follow ur heart but not what people are telling you to be.

kepada yang belum tgk cerita ini sila silalah menengok cerita ini...klako gak ceritanya so jangan takut kebosanan nanti

asal nama sg rokam ipoh perak

holla me anmour everibodi, huisshhh lama sungguh aku tak berupdate blog ye tak..makin banyak suara suara memilukan telah bersuara kerinduan sangat nak baca blog aku yang tak seberapa ni. entahla tak tau nak kata apa sebab rasanya kering kontang je kotak pemikiran aku ni bila start menulis kat sini, bila tulis balik2 menggunakan penggunaan bahasa dari buku teks bahasa melayu, no free and easy writing kata omputihnya. kat facebook tu macam2 gambor dah di"watermark" kata jalilsalleh.blogspot.com bila bukak link nan ado storynya haha.rasanya yang terlatest aku letak gambor buah rokam kat facebook aku tu.

so ini adalah gambar buah rokam yang aku update kat FB tu rupanya macam buah anggur cuma bukan dalam bentuk jambakan tetapi hadir didalam bentuk sebijik2. ada komen kat FB yang kata buah ni macam redberry or blueberry, tapi ini sebenarnya adalah buah rokan tak tau la kaalu mmg buah berry huhuhu..daun pokok dia aku tengok macam daun pokok ara je n buah dia puny arasa kelat n masam n manis, rasanya da sikit2 macam buah plum cuma saiznya kecik besar2 buah anggur je. so kepada sesiapa yang beum try makan leh la cuba buat ganti buah plum tu, scuma kena pick yang betul2 masak baru dia manis mengancam.
p/s: sila ignorekan gambar buah tu yang dah kecut tu