Monday, December 20, 2010

apa ada kat teluk intan?

This post has been kept in the national archive for almost 3months. the post is just about the Teluk Intan Leaning Tower which has been shown regularly in television. kali ini pun sebenarnya takde apa nak cerita just nak tunjuk menara condong teluk intan diwaktu malam yang disimbahi cahaya neon berwarna warni. walhal sebab sebenar aku buat post ni adalah kerana kesian kepada blog aku sendiri yg sudah gersang ibarat pohon olive digurun gobi lagaknya. Ingatkan dah ada banyak masa lapang ni rajin la nak mengupdate blog rupanya tetap sama je. ok story actualnya adalah menara condong ni dipancarkan dangan 6 jenis kaler rasanya waktu malam. one day tu la sewaktu aku meliar sesorang ke pekan malam2 perasan bangunan ni bertukar2 warna memula aku nampak dia warna pink ingat celebration utk hari kanser payudara tu,

rupa-rupanya disamping aku menunguu sate aku dipanggang enak oleh wak teni aku nampak lampu bangunan ini bertukar2 warna and aku suka dengan apa yang aku tengok. takdelah bangunan ni nampak macam bangunan sepi je kat waktu malam. at least macam bergemerlapan la juga and pada aku rasanya bangunan ni lagi cantik pada waktu malam. so my advice kepada sesiapa yang terlanjur melawat menara condong ni disiang hari janganlah segan silu nak tunggu sampai malam plak tengok dia disimbahi cahaya so takde la rasa macam melawat bangunan seketul tengah2 esplanade kan huhu.kalau tekun merayau ke kawasan tepi sungai perak leh dapat tengok view sunset kat sungai perak macam gambar kat bawah ni..tapi gambar kat bawah ni bukan sg perak tapi sungai bidor dah sipi sipi nak sampai ke muara bercantum ngan sungai perak.
kalau lebih tekun lagi tunggu tepi sungai tu malam2 leh nampak pokok berkelip2 macam kat kg kuantan kuala selangor tu, koya je kata benda tu ada kat kuala selangor.. kat teluk intan pun ada lah weii hahaha....pergi lepas maghrib naik gerotak lama aka jambatan keretapi yang melintas sungai bidor tu, insyaALLAH kalau hari tak hujan n bulan tak terang boleh la nampak pokok pokok tepi sungai tu berkelip kelip macam pokok krismas, nak tunjuk gambar pun takleh sebab masa kat kuala selangor dulu aku try tangkap tp tak dapat, aku cuba pasni kalau dapat aku pos gambar kelip2 tu..tapi tak tau la kalau spesiesnya lain dengan yang kat kuala selangor tu

2 comments:

- Mimi - said...

cntik pulak mnra cndong mlm2..nak p jugak la nnt

jalilsalleh said...

meh datang meh..sambil makan sate wak teni betul2 depan menara tu