Monday, December 20, 2010

apa ada kat teluk intan?

This post has been kept in the national archive for almost 3months. the post is just about the Teluk Intan Leaning Tower which has been shown regularly in television. kali ini pun sebenarnya takde apa nak cerita just nak tunjuk menara condong teluk intan diwaktu malam yang disimbahi cahaya neon berwarna warni. walhal sebab sebenar aku buat post ni adalah kerana kesian kepada blog aku sendiri yg sudah gersang ibarat pohon olive digurun gobi lagaknya. Ingatkan dah ada banyak masa lapang ni rajin la nak mengupdate blog rupanya tetap sama je. ok story actualnya adalah menara condong ni dipancarkan dangan 6 jenis kaler rasanya waktu malam. one day tu la sewaktu aku meliar sesorang ke pekan malam2 perasan bangunan ni bertukar2 warna memula aku nampak dia warna pink ingat celebration utk hari kanser payudara tu,

rupa-rupanya disamping aku menunguu sate aku dipanggang enak oleh wak teni aku nampak lampu bangunan ini bertukar2 warna and aku suka dengan apa yang aku tengok. takdelah bangunan ni nampak macam bangunan sepi je kat waktu malam. at least macam bergemerlapan la juga and pada aku rasanya bangunan ni lagi cantik pada waktu malam. so my advice kepada sesiapa yang terlanjur melawat menara condong ni disiang hari janganlah segan silu nak tunggu sampai malam plak tengok dia disimbahi cahaya so takde la rasa macam melawat bangunan seketul tengah2 esplanade kan huhu.kalau tekun merayau ke kawasan tepi sungai perak leh dapat tengok view sunset kat sungai perak macam gambar kat bawah ni..tapi gambar kat bawah ni bukan sg perak tapi sungai bidor dah sipi sipi nak sampai ke muara bercantum ngan sungai perak.
kalau lebih tekun lagi tunggu tepi sungai tu malam2 leh nampak pokok berkelip2 macam kat kg kuantan kuala selangor tu, koya je kata benda tu ada kat kuala selangor.. kat teluk intan pun ada lah weii hahaha....pergi lepas maghrib naik gerotak lama aka jambatan keretapi yang melintas sungai bidor tu, insyaALLAH kalau hari tak hujan n bulan tak terang boleh la nampak pokok pokok tepi sungai tu berkelip kelip macam pokok krismas, nak tunjuk gambar pun takleh sebab masa kat kuala selangor dulu aku try tangkap tp tak dapat, aku cuba pasni kalau dapat aku pos gambar kelip2 tu..tapi tak tau la kalau spesiesnya lain dengan yang kat kuala selangor tu

Tuesday, December 7, 2010

Selamat Menyambut Maal Hijrah

Permulaan penggunaan Kalendar Tahun Hijrah / Hijriah adalah hasil dari ilham Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua iaitu Saiyidina Umar Al-Khattab radhiyallahu `anhu. Ini adalah turutan dari Kesatuan Arab yang ditubuhkan di bawah naungan Islam pada zamannya.

Ada satu riwayat lain yang mengatakan bahawa Gabenor Abu Musa Al-As'ari telah mengirimkan surat kepada Saidina Umar r.a minta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh surat/arahan Umar yang telah dihantar kepadanya. Maka dengan ini beliau (Umar r.a) mahukan satu kalendar / taqwim Islam yang khas untuk menggantikan tahun rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh bangsa-bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain pada zaman itu.

Di kalangan bangsa Arab sendiripun ada berbagai-bagai kalendar yang digunakan seperti Kalendar Tahun Gajah, Kalendar Persia, Kalendar Romawi dan kalendar-kalendar lain yang berasal dari tahun peristiwa-peristiwa besar Jahiliah. Maka Umar telah memilih tahun yang terdapat di dalamnya peristiwa paling agung dalam sejarah Rasullullah s.a.w untuk dijadikan asas permulaan tahun pertama bagi kiraan kalendar / taqwim Islam.

Peristiwa tersebut adalah peristiwa hijrah Rasullullah saw dari Makkah ke Madinah. Ini adalah kerana dengan hijrah inilah permulaan pertolongan Allah kepada RasulNya dan agama Islam ditegakkan. Hasil dari itu, Kesatuan Arab lebih sistematik, bersatu dan tersusun serta mendapat berbagai-bagai kejayaan besar dan bertambah kuat hasil dari pilihan Umar itu.

Di antara kejayaan besar Islam waktu itu ialah kerajaan Kisra dapat ditumbangkan, Baitul Muqaddis dibebaskan dari Rom dan Masjidil Aqsa dibangunkan. Setelah Umar membandingkan kalendar tersebut dengan kalendar-kalendar Persia dan Romawi, didapati bahawa kalendar ini ternyata lebih baik. Maka dengan itu Umar mengisytiharkan Kalendar Tahun Hijrah adalah Kalendar / Taqwim Islam yang rasmi.

Sumber : al-azim.com
ini adalah post yang di copy n paste daripada laman sesawang al-azim.com semoga kita mendapat manfaat daripada maklumat ini dan bak kata halim plak kat wall FB dia "Maal Hijrah 1432H - Happy New Year everyone. People said we should change, but I believe that doesn't always been true. I think things just need to be given some time before they gradually get better. I wish that whatever you're working on, you'll make it better, god-willing!" hahaha matila post kali ni semua copy n paste..
apa apa pun selamat menyambut maal hijrah dan semoga sempena tahun baru ini kita akan mendapat kemakmuran dan kesejahteraan...
*gambar diatas adalah masjid Behrang 2020

Monday, December 6, 2010

merry xmas



KOMEN MAHA 2010

MAHA 2010 kali ni aku gi sampai 3kali, first time aku gi sendiri-sendiri je..lepas pos surat tetiba motor aku terlajak sampai ke MAHA merasala aku berjalan kat MAEPS tu dari kul 1100 pagi ke dekat kul 300 petang hehehe..semua tempat aku jajah kecuali masa tu tak larat dah nak gi ke tempat lembu kambing padi nenas..hahaha matila kata semua tempat jajah rupanya separuh je
kali kedua lak gi ngan housemate aku teringin sngat nak pergi tapi kali ini sangat short tripnya dalam sejam je kot.pergi pun takde kemana masuk dewan A pastu gi makan hahaha...tak sempat nak ambik gambor apa pun. makanan kat MAHA ni dah la MAHAL 2010 gak..ada ke patut segelas kecik teh ais rege sampai 2 ringgit kuih seketul cinonet lima kupang kejam betul..mmg betul buat duit org niaga kat MAHA ni.
Kali ke3 lak gi ngan family aku ari sabtu aritu..haahaa gigih tak aku keMAHA sampai 3 kali, kali ni yang terakhirnya dapat la aku gi tgk pameran haiwan ternakan tu, tapi bukan ada apa pun pada dasarnya sebab org tak berduit sgt macam aku ni takde apa la nak beli pun kan. mampukah nak beli lembu atau kambing kat sini...abis2 pun beli air berkarbonat dr vending machine RM 1.60 je sebab lebih jimat dari beli teh ais RM2.00 hahaha
bergambar kat Pavillion sayur bergantungan ini mungkin adalah paling cantik kot susunaturnya..kalau tempat haiwan ternakan tu rasanya lebih cantik susunannya 2 tahun lepas. kat kawasan ni pun harap satu tempat ni je la, nak tengok bunga semua pun dah kecut2..erkk ada ke tempat tunjuk bunga?? gambar manusia diatas tiada hubungan pun ngan aku ye..
gambar buah cherry tomato, ikan empurau (gambar kat atas) dan jugak rumah Kutai serta kobis ungu (gambar kat bawah)adalah gambar sikit2 yang aku ambik kat MAHA punya state pavillion katanya..rasanya takde apa pun, ingat pergi rumah perlis berangan sangat nak bergambar bawah pokok anggur yang ranum, rupanya kecut, pergi rumah terengganu tengok ada anak penyu, ak ambik gambar tapi jadi jatuh kesian lak tengok semuanya dah macam patung je dalam kotak tu terapung hanyut je..pergi rumah perak lagi la rasa kecewa dah la aku org perak haha ada ke buatnya bentuk labu, Kelantan Terengganu Penang Sabah Serawak amatlah cantik rumahnya, perak?? rumah bentuk labu sayung..motip?? hahah walau ada tunjuk rumah kutai kat sebelah tapi nakm asuk lak macam kecewa sbb tgk ada golongan yang sedang bermain kad didalamnya..huhu hancuss semuanya.. pergi kawasan perikanan lagi la sadis, rasa macam baik aku gi melawat kedai ikan kat taman len seng je lagi banyak spesies hahaha...pastu tunjuk kolam2 ikan tapi takde siapa pun yang ada kat situ nak jelaskan apa kebendanya kotak warna biru isi air isi ikan air pusing2 tu??
so secara kesimpulannya MAHA 2010 yang sepatutnya konon lebih grande n hebat adalah biasa saja. Eventhough kata ada 2500 gerai yang susunannya pada aku adalah amat berserabut, tak teratur..macam kat mana2 ada kedai. rasa macam pergi pameran usahawan niaga je..orang macam aku n aku confident ramai lagi datang sini bawak anak kecik2 cucu cicit bukan la datang nak shopping sangat, rasanya more on nak tengok yang cantik2 n menarik je hehehe..

Thursday, December 2, 2010

Sg Inki Kalumpang

assalamualaikum...

semalam aku gi Tanjung Malim gi ambik borang. sampai tg malim aku gi ambik borang ngan enal n lepak2 ngan dia sampai tengahari kat INSTUN..terima kasih to enal sebab belanja aku makan roti canai pagi tu.

tapi bukan tu aku nak cerita, aku nak story pasal aku merayau sampai ke Sg Inki Kalumpang.. keluar daripada tol tg malim tu aku nampak ada signboard Kalumpang Resort & Training Centre aku terus teringat baru baru ni abang aku ada kata tempat tu best n up sikit daripada hutan lipur lentang. baik daripada ambik borang n keluar makan ngan enal aku pun patah balik nak masuk highway tg malim. disebabkan rasa ingin tahu tentang sg ingki tu aku pun terus cancel niat masuk highway n melajakkan diri kau sampai ke sungai ingki tu. memula mcm keliru gak jalannya sebab lalu kawasan kg tersusun then masuk kebun getah tapi akhirnya aku jumpa gak tempat tu.