Saturday, October 16, 2010

apa nak buat arini?

Tajuk adalah dipetik daripada status FB aku. wahaha aku sudah mula pandai berstatus diFB semenjak banyak masa lapang ni hehe...banyak cadangan yang diterima antaranya adalah membuat kuih bingka ubi, bershopping walaupun tgh mengikat perut <--iye je ikat perut, dan juga bermain tarik rambut ngan zaza aka Nini.
pagi tadi aku dalam kul 10.30 lepas setel basuh baju n sidai baju aku ajak adik aku jalan ke jalan pasar, tempat adanya pasar pagi yang besarrr di ibu kota Kuala Lumpur ini. cadang memula taknak beli apa2 pun tetiba adik aku tershopping plak beli pouch bag ngan cover henset yang mana aku turutt terpengaruh utk beli. jalan pasar ni aku suka jalan2 kat sini sebab ada banyak kedai ikan selain ikan untuk digoreng malahan ada juga ikan untuk dipelihara namun begitu kandungan anak2 ikan dikawsan ini adalah sangat sedikit dimana menghampiri sifar haha..macam dalam gambar kat atas tu adalah beberapa kedai ikan yg tetap dan juga kedai menjual ikan hiasan dipinggir-pinggir kaki lima..kawasan ni macam lebih kurang petaling street cumanya otai2nya tak seganas petaling street la. kawasan ni juga sesuai kalau nak cari barangan elektrik dan elektronik berjenama san yang atau kok kuan...huhu.so kalau ada yg tak tau nak buat apa dimasa terluang silalah isi masa anda seperti saya dengan merayau-rayau jangan sehingga menjadi kutu rayau lak dah la.
benda terakhir aku beli adalah ikan koi kat atas tu, terpaksa bergegas pulang sebab beli ikan yg dah pening2 serta mendapatkan harga diskaun. sekarang ikan ni aku kuarantin kan kolam ikan abang aku kat Puncak Jalil, sebab rumah aku takde tempat yang seswai nak letak lagi haha..tapi sebab nampak cantik tadi itu semua tidak diambil dalam perkiraan, huhu..semoga dia selamat kat dalam kolam tu pesanan untuk abang: sila jaga elok2 nanti jalil mai ambik balik. balik rumah sudah lapar aku memasak tomyam ayam dan juga ikan rebus goreng. petang lak aku membongkangkan diri malam aku update blog, kejap lag nak gi cari makan la gamaknya.
p/s:aku pergi tadi naik motor bukan tren, gambar itu hanyalah untuk hiasan mencukupkan susunan 3-3 bagi mengkiutkan blog ini..sekian terima kasih

Thursday, October 14, 2010

Konvo UPM

assalamualaikum....
Dah lama gile rasanya tak mengupdate blog huhu.aku pun tak tau la kenapa. Nak katakan aku ni tgh bizi takde la sangat rasanya just selalu je bukak baca blog2 lain tapi malas sungguh rasa nak update blog sendiri makanya jadilah macam cerita raya aku yang tersangkut sampai sekarang ni.. janji palsunya konon nak sambung cerita rupanya gambor je la yang melekat kat situ.
kali ini aku nak cerita plak pasal konvokesyen adik aku kat UPM ari isnin aritu, adik aku yang no 8 ni konvo bachelor ekonomi kat desan kesenian dan kebudayaan sultan salahuddin rasanya nama dia aku tak ingat sangat dah. bertolak dari rumah adik aku kat Puchong dlm kul 730 macam tu la, mak apak ngan adik aku yang nak konvo tu sebelum kul 7 lagi dah keluarnya sebab takut jem dan menyebabkan my parent kena jalan jauh so better keluar awal sekaligus dapat mengelakkan kelewatan. lepas adik aku dah masuk tu ramai gak aku nampak yang masih duk kat luar lagi, terlambat sampai itulah bahananya sampai lambat ada yang dah macam nyaris nak nangis, but to my suprise leh kata semua yang lambat tu gegirl ye selalunya diorang ni yang punctual.
rupenya kat UP ni kalau konvo tempat makannya jauh kemain letaknya gi letak kat bukit ekspo yang letaknya dah dekat ujung negeri dah, kedai yang ada kat dewan konvo tu kedai bunga je. so untuk merasai kenikmatan berkonvo aku ngan adik ngan abang gigih jugakla gi tapak konvo diorang rupanya agak sedih jugak ye, mungkin sebab datang awal sangat kot, so ekspo nya tak mula pun lagi...pengajarannya aku nak mencadangkan supaya lepas ni UPM kosongkan kawasan letak kereta sebelah dewan untuk meletakkan kawasan gerai semata2 untuk pesta konvo, so takde la orang yang datang meraikan ahli keluarga mereka berkonvo terkedang je tengah-tengah panas kat luar dewan tu, at least ada jugakla aktiviti mencuci mata yang boleh dilakukan sambil melakukan sedikit urusniaga jual beli.. hoho..

lambat update cerita ni sebab mulanya aku berangan nak buat tayangan guna flash video tapi hasilnya aku tak leh nak uploadkan video yang telah siap dibikin ke dalam blog aku ini. makanya aku terpaksa upload gambar ni sedikit demi sedikit dan diatur dan diskalakan di dalam skala kecil untuk memaintainkan kekiutan blog aku ini. kalau nak tengok gambar dalam skala besar sila kelik kalau mau la dia jadi besar sebab kekadang tak jadi. kalau nampak gambar macam syok sendiri itu sila jangan jeles ye.
so sehingga aku menulis lagi XOXOXO

Saturday, October 9, 2010

Ayuh Kita Menderma Darah

Hospital Besar Teluk Intan adalah kekurangan darah...so kepada sesiapa yang cukup berani dan baik hati silalah menderma darah di Hospital Besar ini. aku jugak pasti bahawa banyak lagi hospital lain yang kekurangan darah ni...especially kat kawasan yang jauh sikit dari bandar atau jauh dari institusi pendidikan sebab mostly melalu pemerhatian aku la...orang kebiasaannya cuak nak menderma darah contohnya masa aku gi derma kat hospital teluk intan aritu, orang lalu lalang ramai je..tapi kebanyakannya tak cukup tabah nak menderma darah reasonnya tak tau la kenapa..camana cara nak bagi orang kat kawasan macam teluk intan ni bagi berani menderma darah ye...alaaa.bukan sakit sangat pun sakit sikit2 je..hahahha...so kepada sesiapa yang selalu menderma darah silalah menderma darah dan kepada yang tak pernah cuba cubalah, mana tau efeknya macam berbekam ke nanti takdelah...plus selalunya lepas derma darah akan dapat milo sekotak nbiskut sebungkus...