Sunday, February 7, 2010

TAMAN RAMA-RAMA KUALA LUMPUR

semalam satu lagi lawatan mengenali alam sekitar telah diadakan kat Taman Rama-Rama Kuala Lumpur...kul 9 pagi bergerak dari rumah aku naik kereta baru kak ija mmg selesa dan empuk, punya la ghairah nak pergi sampai tak sempat nak breakfast dulu. so sesampainya kat area tasik perdana dalam kul 930 pagi tanya akak kat kaunter nak makan kat mana? so disyorkan kami pergi makan kat tangling, setelah membuat beberapa pusingan kami jumpa kedai yang disebutkan dan agak kagum melihat orang Q panjang untuk makan nasi lemak tangling...melihat akan kejadian ini kami berfikir sejenak adakah ia begitu sedap? so untuk merasai kenikmatannya kami pun sanggup la Q nak beli gak..kecuali housemate aku, rupa2nya BIASA JE (nada fauziah nawi) ... so makan la nasi lemak tu sebab dah lapor sangat...huhu..perut bunyi kreuk2 jugak lagi..
lepas makan kami balik ke Taman Rama-Rama tengok harga tiket yang dipamer adalah RM18.00 orang utk satu kepala, tapi itu rate untuk pelawat luar..warganegara RM8.00. kemudian lagi kami pun masuk la menikmati keindahan rama2 kat dalam tu...memula masuk kami jumpa rama2 yang kena tipu, iaitu diberi makan madu yang telah dibancuh dengan air yang kemudiannya disembur ke atas bunga2an dan buah nenas..
Lanskap kawasan taman tu agak menarik sebab ianya telah dimamah usia, so air terjun buatannya nampak macam harmoni je...pokok penuh, rama2 semua terbang ke bahagian atas jaring nak melarikan diri..mungkin rama2 suka hidup kat kawasan yang agak lembab kot sebab ambience dalam kawasan tu sejuk2 lembab je rasanya n harmoni ngan bunyi air terjun dan pancut...
round punya round punya round dalam tu macam2 ada, termasuklah katak besar kamus dwibahasa oxford fajar, ikan koi butterfly, tuntung, pelbagai spesies kura2...malayan softshell turtle...malahan turut dimasukkan monitor lizard orang melayu panggil biawak...eeewww geliii bila dah letih kaki melangkah kami berehat2 dikawasan yang disediakan tengok rama2 terbang melata. so kami pun melangkah keluar, kak ija siap boleh feeling2 sesat dalam tu..Hampasss terung betul..
apabila kami melangkah pintu keluar agak terkejut tengok rupanya masih ada lagi pameran rama2... memula rasa macam aikkk cepatnya abis lawatan, masuk dalam bilik aircond lak kami jumpa macam2 bentuk dan warna rama2 yang telah dikeraskan huhu..kasihan mereka...selain rama2 ada kumbang, reriang, sesumpah, lipan, dan mantis yang keding macam lidi..mmg kesian tengok dia, kumbangnya ada macam2 tanduk, terus terkenang kumbang yang aku dera kecik2 dulu tanduknya satu kaedah penderaan adalah dengan mengikat tengkuknya dan suruh dia terbang...macam takde faedah je kalau pk balik aktiviti tu tapi sekarang kalau aku jumpa kumbang tanduk tiga tu mesti aku ikat tanduk dia je hahaha..satu yang amaze kan aku adalah rama2 daripada south america kalernya macam kaler fluorescence (betul ke eja ni)... macam dalam cerita Avatar tu bercahaya je forestnya kalau malam2...
KEMUDIAN LAWATAN TAMAT.....hahaha aku dah malas nak tulis lagi

No comments: