Masa kecik2 dulu korang suke main apa? haha..main banyak, belajo liat tahap kanggaru nasib baikla kira berjaya jugak dah besor2 ni, rasanya kalau dolu2 aku asyik gigih belajor tak main2 mesti sekarang ni harta aku berjumlah 86 juta billion dah kan. tapi sebab aku banyak main dari belajor so aku rasa hidup kanak2 dulu sangta bahagia dan aku menjalani kehidupan yang sihat. so kali ni post nak membawa cerita pasal mainan yang aku main semasa masih berusia muda belia. setiap permainan ini dimainkan secara bermusim ye..
GAME 01: BALING KASUT kalau kat tempat kat PERAK, kasut adalah kasut dan selipar adalah kasut ye, haha begitu juga roti ngan biskut.. mainan yang antara ko pro adalah main baling kasut, yang mana main baling kasut ni perlukan 2 kumpulan yang mana setiap kumpulan akan ada tak kisah berapa ramai ahli pun. masa aku memain dulu kekadang satu grup samapi 12 orang pon ada, lepas dah baling kasut sampai runtuh pemain kena bertempiaran menyelamatkan diri dari dipungkang dengan kasut oleh pasukan lawan. kira sama status ngan baling tong la
GAME 02: GALAH PANJANG main galah panjang ni memang kena main kat sekolah kat padang badminton sekolah tu, so kalau dedulu waktu rehat kalau takde duit nak makan (huhu sedih tak) gi la main galah panjang ramai-ramai kat court badminton sekolah..tapi masa dah lepas UPSR dedulu main sepanjang masa je hahaha..sebab cikgu dah tak masuk kelas sangat, satu lagi mainan kat sekolah yang wajib main masa sekolah rendah adalah mainan cop tiang, biasanya tiang yang menjadi mangsa adalah tiang parking basikal biasa main sementara nak balik atau waktu kelas tambahan petang
GAME 03: TENG - TENG
main teng-teng pun slalu gak aku main, kena bersungguh nak main benda ninak kejar banyak2 rumah. mainan ni biasa main masa musim banyak pasir kat depan rumah sebab nak kena lukis atas pasir, kalau jahat macam kawan aku guna arang conteng simen rumah la...hahaha...tapi teng-teng yang aku main bukan yang macam dalam gambar tu, aku main yang segiempat je ada 8-12 kotak biasanya..yang sebelah macam bentuk pepatung tak best..
GAME 04: BATU SEREMBAN
Ini paling jagoan aku main dedulu bebudak perempuan yang konon-kononnya ayu pun asyik kalah kalau main ngan aku, tak kira la game nya sampai berapa pun, kalau takat nak dapat markah 100 tu sekali jalan je aku buat. masa musim main benda ni nampak la bebudak dulu yang kurang beruang tertonggok2 tepi jalan nak kutip batu yang bentuknya sipi2 nak bulat, senang nak kutip masa main, siap feeling2 ada batu keramat lagi wahahaha...
GAME 05: CONGKAK yang ni pon aku terer gak...haha mati la semua game aku terer, yerla masa dulu mana ada game boyz habis2 terer pun main saidina je la.. kat rumah aku siap ada lagi kayu congkak 7 lubang, nak main congkak ni adalah lepas musim main guli, sebab buah guli tu nak guna untuk letak dalam lubang congkak tu plak. aku terer sekali untuk main tipu dengan menyurukkan guli kat celah jari jemari aku yang gebu ni. so kalau ada sesiapa yang nak mencabar aku leh la hantar surat cabaran berantai kat aku ye. tapi aku cakap series mmg aku terer sangat main benda ni dedulu la sekarang dah berkarat ilmu dah huhu..
GAME 06: MAIN GULI
main guli lagi la aku terer, masa main ni mesti menggunakan perkataan teget (bahasa orang putihnya target), haha pastu masa main mmg sebijik macam gambar kat sebelah tu, memula letak bet berapa banyak guli nak letak dalam bulatan pastu teget buah guli tu bagi keluar dari bulatan n kalau dah cukup jumlahnya korang leh guna lak untuk teget orang lain bagi dia mati n hilang hak untuk bermain lagi, masa musim guli ni untuk sungguh makcik yang jual guli, tapi masa tu murah je sekupang dapat 5 biji kalau guli susu mahal sikit sekupang tiga kalau guli batu 2kupang sebijik je, abang aku paling terer sekali main benda ni, pernah la 1tong milo guli kena buang dalam tangki tandas sebab asyik main guli je sampai tak belajo haha.. musim guli ni leh kata hampir serentak ngan musim daun terup yang sepapan 30 keping rege sekupang gak tu. haha...
main tepuk terup pun aku terer gak.
GAME 07: MAIN ROUNDERS
pernah main tak rounders? bebudak kampung aku dulu selalu main mainan ni bila ada budak yang jumpa bola tennis dalam semak atau tempat membakar sampah, tetiba je terus fenomena rounders melanda kampung aku sampai merebak2 ke kampung kampung sebelah..kalau petang2 jalan tengok kampung orang terus nampak semua orang main rounders terpusing-pusing keliling padang. ini kira satu permainan yang formal gak la sebab rasanya masuk sekali dalam senarai aktiviti sukan kat sekolah, nama glamour baseball
GAME 08: POPIA
sebelah ni adalah gambar popia untuk dimakan bukan untuk dimain ye, sebab aku google cari gambar orang main popia ni takde lak..siapa yang tau macamana main popia? angkat tangan.
mainan ini dimainjkan secara individu dan sering dimainkan bila pasukan rounders dah kalah n malas nak main so tukar main popia lak, cara mainannya adalah dengan menggunakan bola tennis (kalau masa aku dulu bola tu dah botak dah pon) baling ke badan mana2 pemain dan sekiranya ada pemain yang kena bola tu tiga kali, maka seluruh pemain akan membaling dia yang sedang memeluk tiang ataupun batang pokok. mainan ini agak ganas kerana boleh mengakibatkan lebam2 dibelakang badan. jarang ada budak perempuan yang sanggup nak main permainan ni sebab asyik - asyik kena hentam aje.
GAME 09: TUDUNG BOTOL
mula-mula aku tak kenal pon mainan ni, tapi sebab bakat semulajadi aku yang cepat belajar terus aku jadi terer hehe (part main cepat tangkap nih) memang la aku nak memuji bebudak dulu yang telah pun mengamalkan konsep 3 R iaitu recycle, reuse dan reduce yang mana dalam kebanyakan mainannya dulu memang la bercirikan mainan yang kurang keperluan kewangan cuma memerlukan sedikit kekreatifan untuk mengisi masa yang terbuang. bayagkan tudung botol minuman pun boleh jadi alat mainan yang menggegarkan. mainan ni balik baru ni aku nampak budak kampung aku main lagi
GAME 10: BUNGA API yang ini adalah mainan wajib setiap kali raya sampai la rasanya aku tingkatan 2 ke 3 ke baru kerajaan mengharamkan permainan bunga api kat malaysia ni, semua salah bebudak yang terlebih kreatif..gatai tangan sungguh nasib baik la kau dah jatuh dalam kategori yang puas hati gak la dah main bunga api ni. setahun lepas kena ban adik aku cipta plak bunga api daripada iron ore haha...besi sagat periuk kat dapor tu leh jadi bunga api rupanya, cuma lepas tu kena piat ngan mak sebab habis tebuk2 kain pelekat, main lepas balik tarawikh la katakan..banyak lagi mainan klasik zaman dedulukan yang tak la costly sangat