Thursday, February 21, 2008

me cameraman

salam....

Berapa hb 11 2007 aritu adik aku telah pun berkahwin...(dia telah melangkah bendul dan aku mintak hadiah rumah dr dia...tp tak dapat) dan dengan bangganya aku telah menjadi cameraman yang sangat teramatlah berjayanya pada hari kahwinnya itu (sila rujuk gambar disebelah)

Dia berkahwin dengan orang kampung 16 belah daripada kampung kami dimana mengikut kiraan batunya adalaha berjuta-juta batu jauhnya dari koordinat asal rumah kami...

hasil gambar yang aku ambik adalah seperti dibawah...

aku siap jadi pengapit lagi malam tu...masuk ni dah 3 kali aku jadi pengapit sebab aku suka jadi pengapit adalah kerana dapat bersenang lenang dan dapat makan sedap hahaha...

gambar disebelah telah sengaja disephiakan supaya nampak lebih keprofesionalan aku...
(-_-)

hahaha..arini aku gila main picasa

No comments: