Hoollaaaa its been long aku tak apdet belog ini hahaha...since arini aku off day makanya dengan tekun telah memasak cempedak goreng untuk menu petang ini; so untuk memeriahkan suasana blog ini aku post kan kaedah2 menggoreng cempedak untuk ditry para pembaca sekalian.
Bahan-bahan yang diperlukan
1. Cempedak yang ranum
2. Tepung gandum cap cempaka
3. sedikit tepung goreng pisang adabi
4. serbuk kunyit
5. garam secukup rasa
Kaedah-kaedahnya
1. Memula Gaulkan segala jenis tepung serbuk kunyit dan garam sehingga sebati, kaedah menggaul hendaklah hanya menggunakan jari dan adunan tersebut diadun sehingga sebati dan tidak berketul-ketul.
2. Kemudiannya rendamkan cempedak segar kedalam adunan yang telah disediakan tadi disamping minyak sawit dipanaskan sehingga mendidih.
3. Bila minyak dah tentu panasnya bolehlah masukkan butir2 cempedak dengan bergaya kedalam kuali tersebut dan make sure ianya digoreng sehingga berwarna hangus sikit supaya mendapatkan rasa yang lebih ranggup dan manis.
Diharap pembaca2 sekalian boleh mencubanya, memandangkan kalau beli cempedak goreng kat tepi jalan harganya mahal nak mampos sampai lima kupang sebutir.